Pengenalan




AVAIL BEAUTY SDN. BHD., ialah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Jualan Lansung (AJL) dan menjalankan pemasaran berbilang tingkat(MLM). Lebih dikenali dengan nama AVAIL dikalangan rakaniaga, syarikat AVAIL memulakan perniagaan MLM pada 1hb Januari 2005 dan beribu pejabat di Puchong, Selangor, Malaysia.


Dalam jangka masa 3 tahun sahaja, AVAIL telah berjaya mengembangkan sayapnya ke negara seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Dengan tanggungjawab dan komitmen yang jitu, kini AVAIL telah berjaya mendirikan kilang FC Bio Sanitary Pad yang dimiliki 100% oleh syarikat di Huizhou, China.


Perkembangan pesat syarikat AVAIL dalam masa yang begitu singkat ini didokong oleh usaha dan semangat berpasukan yang diketuai oleh Pihak Pentadbiran Syarikat dan Para Pemimpinnya yang berpegang kepada SEMANGAT AVAILIAN, iaitu 1 TEAM 1 HEART 1 MISSION.
AVAIL maju berlandaskan wawasan, visi, misi serta nilai-nilai AVAIL yang benar dan murni. Semua AVAILIAN bersama-sama memupuk semangat berpasukan dan semangat kekeluargaan yang semakin erat dan akrab dari hari demi hari.
Bersama AVAIL , berjuta-juta pengguna setia telah menikmati faedah dari produk - produk AVAIL dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka. Selain daripada pengguna AVAIL , ramai ahli-ahli AVAIL juga telah berjaya mengubah kehidupan mereka dengan menjalankan bisness yang disediakan oleh syarikat AVAIL . Mereka bukan sahaja ditawarkan produk-produk AVAIL yang berkualiti dan berfaedah, malah disediakan juga Sistem Pemasaran dan Sistem Latihan AVAIL yang hebat bagi menjana transformasi masa depan mereka.

AVAIL - ALWAYS VERY ACTIVE IN LIFE
Cogan Kata Syarikat
Rakan Kongsi Melalui Komunikasi : Partnership Through Communication
Together We Are One... 1 TEAM 1 HEART 1 MISSION


Falsafah Syarikat


Menyediakan produk yang bermutu tinggi untuk kesihatan manusia sejagat.
Membantu pelanggan mendapatkan produk yang terbaru dan terbaik dengan harga yang berpatutan melalui rangkaian pelanggan.
Menyediakan peluang perniagaan bagi semua ahli AVAIL dengan kos yang minima sambil menjana pendapatan yang lumayan.
Memperbaiki taraf kehidupan ahli AVAIL demi masa depan yang lebih bahagia.


Visi Syarikat


Menjadi antara 5 buah syarikat MLM yang terunggul di Malaysia.
Mengembangkan konsep perniagaan kita ke luar negara seperti Thailand, Indonesia, Singapore, Brunei, Filipina, Vietnam, India, China, Asia Barat dan lain-lain.
Membina dan memiliki bangunan sendiri - MENARA AVAIL.
Membina kilang sendiri di Malaysia, AVAIL FC BIO SANITARY PAD FACTORY.
AVAIL BEAUTY SDN. BHD. menjadi AVAIL BERHAD dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur; dan semua pemimpin akan menjadi pemegang saham AVAIL Berhad secara automatik.


Misi Syarikat


Kerana kemunculan kita, lebih ramai orang akan dapat menikmati tahap kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.

Nilai-Nilai Avail adalah nilai-nilai yang asas di mana ia merupakan dasar-dasar pembinaan perniagaan Syarikat kita. Untuk membina bisnes kita yang teguh dan kukuh demi masa depan kita yang cerah dan bahagia, nilai-nilai yang betul / benar dan murni diperlukan untuk menjadikan Syarikat kita satu Syarikat yang hebat dan luar biasa.


Pendek kata, "Kejayaan bukan satu kebetulan, Kegagalan pasti ada sebab-sebabnya". Tidak ada jalan mudah untuk menjamin perniagaan kita PASTI berkekalan buat selama-lamanya demi masa depan. Justeru itu, semua Availian disahut memahami dan menerapkan nilai- nilai kita dengan penuh semangat jati Avail dan integriti jati diri.



Budaya Kita
Seragam Kita : Warna Ungu
Salam Kita : Ceria Cemerlang
Tepukan Kita : 12 123 1234 12 Avail


Kekeluargaan Kita :
Kebahagiaan, Kemesraan dan Keharmonian kepada semua Availian
Ketepatan Waktu : Memimpin melalui teladan
Falsafah Kita :
Work Hard + Work Smart + Work Seriously + Work Together + Work Happily








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...